Monday, November 22, 2010
TERMA & SYARAT
Tempahan awal adalah digalakkan selewat-lewatnya 5 hari sebelum majlis berlangsung. Deposit sebanyak RM100 diperlukan untuk mengesahkan tempahan. Segala penghantaran dan pemasangan peralatan sewaan akan kami uruskan. Waktu pemasangan akan disesuaikan mengikut jadual waktu majlis. Kebiasaannya kami akan memasang dan mengambil semula barang sewaan pada hari yang sama bagi mengelakkan sebarang kerosakan/kehilangan barang.
Kami memohon agar pelanggan yang dihormati dapat menggunakan barang-barang sewaan dengan cermat dan memastikan tiada yang hilang setelah siap kami pasang. PENALTI akan dikenakan sekiranya terdapat sebarang kerosakan pada barang-barang sewaan ketika dalam jagaan pelanggan, bergantung pada keadaan barang tersebut. Jika kerosakan yg teruk yang tidak boleh dibaiki atau barang hilang, maka pelanggan hendaklah membayar harga barang tersebut.
Harap maklum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment